TeRbArU!!

persana telah membuka gellery photo persana...

sila klik  disini untuk  lihat..

Ribena disahkan haram

LONDON : Pemimpin Islam di Birmingham menggesa diadakan rombakan menyeluruh dalam undang-undang pengguna selepas kemunculan berita menggemparkan bahawa dua minuman ringan kegemaran mengandungi arak.

Birmingham Post semalam melaporkan ramai peniaga membuang stok Ribena dan Lucozade selepas pengguna mendapati ramuan perisa air minuman itu mengandungi arak meskipun pada paras yang rendah. Peraturan makanan tidak mensyaratkan pengeluar produk itu, Glaxo-SmithKline menyenaraikan arak pada bungkusan minuman itu kerana kandungan arak itu pada kadar yang rendah.

Bagaimanapun, umat Islam yang diharamkan daripada meminum arak mendakwa semua minuman ringan seharusnya dilabelkan dengan jelas jika ada ramuan yang bercampur arak meskipun amat sedikit. Empat tahun lalu, Walkers, sebuah syarikat makanan, menukar label pada bungkusan kerepeknya selepas akhbar Birmingham Post mendedahkan snek keju dan bawangnya mengandungi ekstrak lembu tidak sembelih. Kandungan arak dalam Ribena dan Lucozade adalah kurang daripada 0.1 peratus tetapi umat Islam memberitahu Birmingham Post bahawa mereka kecewa selepas mengetahui bahawa mereka sejak sekian lama meminum arak meskipun pada paras yang teramat rendah.

Pengerusi Masjid Jamik Birmingham, Dr Mohammed Naseem menyuarakan rasa terkejutnya kerana undang-undang itu masih membenarkan kandungan dalam makanan atau minuman tidak dinyatakan dengan jelas pada label.. 'Kita amat kecewa kerana sebelum ini umat Islam menganggap minuman ringan seperti Ribena dan Lucozade ini halal tetapi sebaliknya,' katanya. Pekedai yang juga anggota Persatuan Peniaga Ladypool, Mohammed Zaman Khan berkata penjualan Ribena dan Lucozade jatuh mendadak sejak beberapa minggu lalu dan beliau memastikan produk itu tiada pada rak kedainya.

Jurucakap Glaxo-SmithKline memberi alasan label minuman dan makanan pasti tidak dapat dibaca jika peraturan mensyaratkan semua komponen bagi penyediaan makanan itu dinyatakan. 'Sesetengah bahan perasa mengandungi lebih 50 komponen. Kami amat sensitif dengan keperluan budaya pengguna dan cuba menangani isu itu jika ia dimaklumkan kepada kami,' katanya.

Beliau mengakui minuman tenaga Lucozade berperisa asli, limau, tropika dan sitrus mengandungi paras rendah arak begitu juga dengan lima perasa yang disediakan untuk Ribena.. - Agensi



mashaallah...mcm2 dah kita kna tipu dengan yahudi laknatullah....ade komen2 x psal ni...or biar je..kte amalkan smpai mati......?

Remaja SUPER Islam POWER

Alhamdulillah,
setinggi kesyukuran kami hadiahkan kepada tuhan sekalian alam keatas kejayaan program REMAJA 'SUPER' ISLAM POWER yang baru sudah berlangsung pada pagi Sabtu (09.04.2011) bertempat di surau Sekolah Menengah Al-Masriyah.Walaupun sambutan yang kurang menggalakkan daripada kehadiran peserta namun kami berpuas hati kerana peserta yang hadir atas kehendak diri sendiri dan hidayah yang telah Allah subhanahu wataala telah berikan kepada mereka..moga-moga hasil usaha kami akan menjadi tunggak perubahan dalam diri mereka..InsyaAllah..

*gambar akan menyusul dlm masa terdekat

REMAJA SUPER ISLAM POWER


            Itulah tajuk program qiamullail persana 2011. Remaja adalah aset utama negara. Namun begitu, situasi sekarang menunjukkan begitu ramai remaja Muslim mengabaikan kewajipan dan tanggungjawab mereka sebagai seorang muslim yang sebenarnya. Remaja masa kini banyak terlibat dalam gejala yang tidak bermoral lagi membimbangkan masa depan diri mereka sendiri dan juga negara tercinta kita.

            Menyedari keadaan ini, maka PERSANA 2011 dengan kerjasama Kelab Remaja ISMA (KRIM) Pulau Pinang mengambil inisiatif menawarkan khidmat mengadakan program ‘Remaja Super Islam Power’ di sekolah menengah islam al-masriyah bagi melahirkan remaja Muslim yang bermatlamat dalam kehidupan sebagai seorang muslim sejati.

Sasaran persana kepada murid tingkatan 4&5 2011. Bertarikh 9&10 aprill.

 SEMOGA PARA PESERTA BEROLEH KEBAIKAN DARI PROGRAM INI....

Powered by Blogger.

About Me

My Photo
Persatuan Tingkatan enam (PERSANA)
PERSANA ialah singkatan daripada persatuan tingkatan enam sekolah menengah Islam al-Masriyah Pulau Pinang..ditubuhkan pada 2007..oleh pelajar-pelar tingkatan enam 2007 ataupun lebih dikenali dengan pelajar STAM.. rancangan penubuhan ialah oleh pihak sekolah sendiri dan juga sokongan padu guru-guru dan sudah diteruskan lagi sehingga kini tahun 2011....harap-harap blog ini akan memberi manfaat sedikit sebanyak kepada sekolah menengah Islam al-masriyah bukit mertajam pulau pinang...
View my complete profile

Followers

Buzz!!